Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Laman Web Pertubuhan Kasih Insani ini dapat disediakan sebagai rujukan dan makluman kepada semua pihak.
Pertubuhan ini ditubuhkan dengan matlamat untuk membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang, selaras dengan prinsip keprihatinan, kemanusiaan dan kerjasama. Kami komited dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan kurang berkemampuan.
Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa, sukarelawan serta para penyumbang yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap usaha murni pertubuhan ini. Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
MOHD HAFIZUL BIN HAMSAH
Pengerusi